Kerajaan Negeri Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya dengan kos 787 juta ringgit.<br /><br />Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri menyerahkan Surat Niat (LOI) kepada MRCB pada Jumaat selepas melalui proses yang panjang dan teliti bermula 2013 melibatkan 15 syarikat.